“Lingkaran hitam” atau gelap juga digelar “eye bag” mahupun “mata panda”. Biasanya ia wujud apa bila usia meningkat dan masalah ini sangat mengganggu, terutama golongan wanita yang sangat mementingkan kecantikan.

Kebiasaanya, untuk atasi masalah ini, cara yang paling cepat dan mudah ialah dengan penggunaan concealer tetapi laratkah asyik kena apply concealer.

Jom kita ketahui dulu apa 

Penyebab Lingkaran Hitam/Eyebag Bawah Mata

1. Penuaan
Kulit halus dan nipis di bawah mata akan semakin menipis bila bertambahnya usia menjadikan saluran darah akan lebih menonjol dan menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

2. Faktor Genetik
Genetik juga memainkan peranan terjadinya lingkaran gelap di bawah mata.

3. Kekurangan nutrisi

Lingkaran gelap di bawah mata boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam diet harian seperti kekurangan Vitamin A, C, K dan E. Pengambilan vitamin dalam diet harian mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.

4. Kurang tidur

Kurang tidur juga boleh menjadi punca berlakunya lingkaran hitam di bawah mata. Pastikan anda mengamalkan tidur yang mencukupi (6 jam untuk dewasa, 8 jam untuk kanak-kanak).

5. Merokok dan minuman beralkohol

Lingkaran hitam di bawah mata juga boleh menjadi simptom dehidrasi dan kesan pengambilan minuman beralkohol ataupun berkafein yang berlebihan serta tabiat merokok. Gaya hidup ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit yang berakhir dengan bulatan hitam di bawah mata

6. Sinaran UV

Pendedahan kepada matahari yang melampau boleh menyebabkan pigmentasi pada kulit serta lingkaran hitam di bawah mata. Penghasilan melanin yang lebih banyak berlaku menjadi punca kepada perubahan pada lapisan epidermis, kulit akan berubah menjadi lebih gelap (coklat).

7. Perubahan hormon

Perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan atau ketika menstruasi juga akan menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata. Punca ini sukar dielakkan tetapi boleh dikurangkan dengan mengubah gaya hidup dan mengawal stress dengan lebih baik.

8. Alergi

Salah satu penyebab lain adalah disebabkan alahan dan alergi kepada sesuatu makanan/bahan lain yang menyebabkan kegatalan di bawah mata dan sekiranya ia kerap digaru atau digosok, kulit lingkaran bawah mata lebih gerap.

Itulah 8 penyebab terjadinya lingkaran hitam pada bawah mata. Jom kita lihat pula cara untuk atasinya.

Cara Atasi Lingkaran Hitam Pada Mata

  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan sayur-sayuran hijau
  • Gunakan timun atau tomato
  • Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata
  • Menggunakan uncang teh, letakkan atas mata selama 10 minit
  • Air Mawar dititik pada kapas dan disapu sekitar mata dengan lembut
  • Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) untuk mengekalkan kelembapan disekitar mata
  • Senaman mata dengan mengerdip dan memejamkan mata untuk mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
  • Buah-buahan seperti beri dan prun yang kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘anthocyanidins’ yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

Selain itu, ada juga alternative lain yang mudah untuk diamalkan bagi tujuan menghilangkan lingkaran hitam atau eye bag dengan mengamalkan vitamin serta produk dari Shaklee.

Vitamin Dan Produk Shaklee Membantu Menghilangkan Eyebag / Lingkaran Hitam Bawah Mata Dengan Berkesan 

Vitamin E

Digelar juga sebagai vitamin awet muda sebab ia berfungsi untuk mengatasi masalah kulit seperti berminyak, tompok hitam dan parut pada kulit.

Vitamin C 

Vitamin Cantik yang membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawap menjadikan kulit lebih anjal, kurang kedutan dan nampak muda.

Eye Treatment Youth Skincare

Krim mata untuk disapu pada sekitar untuk memudarkan lingkaran hitam, menegangkan kulit bawah mata.

Gabungan vitamin serta eye treatement krim ini pasti memberikan hasil yang memuaskkan jika diamalkan dan digunakkan secara konsistent setiap hari.

Bagaimana untuk mendapatkan Produk Shaklee ini?

Hubungi kami dengan klik Whatsapp GituenGazer  untuk Jane bantu mendapatkan produk Shaklee pada harga yang lebih bernilai untuk wang anda.

Jane @ gituengazer.com
Shaklee Distributor ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
FB : Gituengazager

Pengedar Shaklee Miri
COD Miri, Sarawak

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.